06/30/2008
SYDNEY - Seorang lelaki di Australia melelong kehidupannya di internet termasuk kediaman, pekerjaan dan peluang untuk menemui beberapa temannya pada harga AS$383,230 (RM1.2 juta).

SYDNEY - Seorang lelaki di Australia melelong kehidupannya di internet termasuk kediaman, pekerjaan dan peluang untuk menemui beberapa temannya pada harga AS$383,230 (RM1.2 juta).
Lelaki kelahiran Britain itu, Ian Usher, 44, mengambil keputusan menjual rumahnya di Perth, Australia termasuk kereta, motosikal, jet ski dan beberapa barangan lain selepas berpisah dengan isterinya.
Usher tidak hanya menjual pakaian dan koleksi cakera video digital (DVD) tetapi peluang untuk meneruskan pekerjaannya sebagai seorang jurujual karpet dan bertemu dengan beberapa kenalannya.
"Harga terakhir ialah AS$383,230 (RM1.2 juta)," katanya semalam selepas lelongan selama lapan hari di laman web eBay ditutup.
Ketika ditanya bagaimana perasaannya mengenai harga lelongan tersebut di mana nilai rumah tiga bilik tidur itu sahaja adalah AS$420,000 (RM1.37 juta) dan termasuk beberapa barangan elektrik bernilai beribu-ribu dolar, katanya: "Ia cukup baik."
"Saya anggap nilainya mungkin menjadi lebih tinggi pada akhirnya tetapi ia hanya jualan," katanya.
Lelongan itu bermula pada 22 Jun lalu pada harga AS$1 (RM3.26) dan meningkat sehingga AS$2.2 juta (RM7.17 juta).
Bagaimanapun, Usher tidak mendedahkan di mana dia merancang akan memulakan hidup baru. - AFP
13:35 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: lelong



