06/29/2008

TEKNIK MEMANCING UDANG

Asas pancing udang, ikut kesesuaian batu ladung

Pelbagai jenis dan saiz mata udang ada di pasaran. Anda boleh memilihnya mengikut kesesuaian tempat. Mata kail biasanya ada dua jenis iaitu berduri pandan dan tiada duri pandan.

Jika memancing di sungai, jenis berduri pandan disyorkan. Untuk kolam, ramai pemancing memilih kail tidak berduri. Saiz mata kail asasnya 5 hingga 8 sesuai untuk semua saiz udang galah.

Jika berhajat memancing udang lebih besar, mata lebih besar lagi diperlukan. Perambut untuk udang sungai ialah 8 hingga 12 paun manakala kolam 6 paun.

Biji kekabu boleh diguna untuk memancing ikan lampam. Selain itu, dedak dan isi kelapa sawit juga meluas digunakan.

Kegunaan asas batu ladung ialah menenggelamkan umpan ke dasar. Jelas tiada beza kegunaan bagi jenis batu ladung ini. Bagi memancing di laut dalam, batu ladung jenis mati meluas digunakan kerana mudah ditukar jika arus berubah.

Penggunaan ladung hidup memerlukan masa untuk mengikat semula perambut jika ingin menukar saiznya.

Ladung jenis ini sesuai untuk memancing ikan yang amat sensitif dengan umpan. Ketika menjamah umpan, ikan itu akan terus menelannya jika ia merasakan tiada bebanan terhadap umpan.

Masa terbaik memancing kolam ikan dan udang komersial ialah sebelah pagi, petang dan malam. Waktu cuaca panas terik, ikan menjadi pasif dan tidak memakan umpan. Anda juga perlu rajin memasang telinga mengenai lubuk di sesebuah kolam untuk memastikan hasil pancingan yang memuaskan.

Sementara itu, bezanya kekili mendatar (multiplier) dan menegak (spinnng) ialah kedudukan kekili pada joran. Kekili mendatar berada di atas joran manakala jenis menegak atau terbuka dipasang pada bawah joran.

info dari Abu71 pancing

Teknik memancing di semua perairan

Casting (teknik mengilat) adalah satu kaedah memancing dengan membuat lontaran umpan atau gewang ke sasaran kemudian mengarau kembali tanpa perlu menunggu umpan jatuh ke dasar atau diragut ikan.
Umpan yang digunakan untuk mengilat adalah seperti ikan, udang dan jenis serangga/haiwan. Umpan tiruan adalah replika gewang dan sesudu (spoon).
Ikan biasanya menerkam umpan atau gewang yang dilontar ketika proses mengarau. Teknik ini sesuai untuk aktiviti siang hari atau di kawasan terang. Jika mengilat sebelah malam, gunakan replika lut sinar.

Popping – Teknik ini lebih mirip seperti casting. Bezanya ialah penggunaan replika umpan tiruan yang berbeza. Teknik ini menggunakan ‘popper’ yang pelbagai bentuk dan jenis. Popper akan menghasilkan bunyi ‘poop’ ketika proses mengarau selepas lontaran.
Karauan untuk aktiviti popping lebih pantas berbanding casting supaya popper yang dikarau akan melanggar ombak/ permukaan air lalu mengeluarkan bunyi. Bunyi yang dihasilkan ini pula akan menarik perhatian ikan yang berkeliaran di kawasan berhampiran. Teknik ini boleh dilakukan siang atau malam.
Teknik ini banyak meniru pergerakan ikan terbang di permukaan air.

Jigging – Teknik ini mengilat secara mengujun (henjut) menggunakan umpan tiruan yang di panggil ‘jig’. Jig biasanya diperbuat daripada kepingan timah/objek berat kemudian dibentuk seperti ikan dan dicat dengan warna garang dan terang yang luminous atau lutsinar.
Teknik ini memerlukan ketekunan dan stamina tinggi kerana pemancing perlu beraksi sepanjang masa bagi mengunjun jig supaya ia menjadi efektif. Jig akan dihulurkan ke dasar kemudian dikarau kembali dengan kepantasan yang tinggi sambil mengujun joran berselang seli ketika proses karauan laju. Teknik yang menjadi kegilaan masa kini boleh dilakukan sama ada siang dan malam.

Bottom fishing – (pancing dasar) berkait rapat dengan teknik memancing menggunakan umpan dengan kaedah tradisional. Umpan perlu dilabuhkan ke dasar dengan sasaran tertumpu kepada spesies ikan dasar. Boleh dipraktikkan di kolam, sungai, tasik dan laut mengikut keadaan semasa. Sesuai dilakukan siang dan malam.

Drifting – (menghanyut) umpan terutama umpan hidup. Ia perlu dilepaskan ke sasaran tanpa menggunakan ladung. Pelampung dan belon sering digunakan. Ia sesuai di perairan yang berarus sederhana dan berangin. Boleh dilakukan siang dan malam.

Trolling – (menunda) umpan ikan, sotong mahupun gewang. Tundaan ini pada kelajuan perlahan antara 5 hingga 10 batu nautika sejam bergantung kepada jenis gewang yang digunakan. Perlu diketahui, ada gewang yang tidak boleh beraksi pada kelajuan tinggi dan sebaliknya. Lebih popular dilakukan siang hari.

info dari Abu71 pancing

23:17 Posted in KAKI JORAN | Permalink | Comments (1) | Email this | Tags: joran, pancing, kekili

Memancing Kurau di Perairan PORT KLANG

TIPS
f3d7d0f68dd9458c596748447b865e0f.jpg

1)Keadaan air/ikan/enviroment/cuaca/lubuk memainkan faktor utama untuk memancing i.e:- katakan ikan kurau, untuk memancingnya air paling elok ialah semasa air surut habis dan mula gerak pasang, pada air nyerong kecil{3.8m - 4.5m}, keadaan persekitarannya tiada jaring atau activiti yang mencemarkan air{kapal sedut pasir} dan factor cuaca{hujan/gerun biasanya mengurangkan peluang}.

2)Ikan kurau pandai mencuri umpan jika kita terleka, cara makan atau meragut umpan amat cepat dan jika kita sentap terlalu cepat kita akan kehilangan umpan. Kebiasaan ikan kurau ni akan kendurkan tali pancing semasa meragut umpan dan kita perlu menegangkan tali supaya bersedia untuk ragutan kedua atau menunggu ia menelan umpan.

02c8d5f55c08903b34815ce2b1fcb978.jpg

3)Untuk memancing ikan-ikan tersebut, harus lah kita tau lubuknya, masa yang paling sesuai bergantung pada jenis ikan, airnya,enviroment dan cuaca seperti tercatat diatas.

4)Casting lures pun effective, presentation very important. Jika kita boleh present itu lures seperti belanak hidup, mesti disambar punya.

5)Ikan Kurau biasanya datang berkumpulan dan kita perlu menunggu di satu lubuk sahaja jika ada kehadirannya.

6)Air nyerong/bani(Neap Tide) adalah masa yang paling sesuai untuk memancing Kurau di Perairan Port Klang.

info dari kurauking

Peralatan asas memancing berumpan

a48ed9075529a655bdf5b1055c8fe0f0.jpg


Keli, puyu, toman, haruan, patin, belida, jelawat, kelah dan puluhan spesies air tawar lain lazimnya memakan umpan.

Anda boleh mula memancing dengan membeli set yang murah seperti joran 5 hingga 9 kaki, kekili, tali, pelampung, umpan (seperti roti, dedak, ulat atau cengkerik), ladung, swivel, manik dan mata kail (rujuk grafik).

Ada tiga jenis joran asas untuk memancing. Pertama, joran untuk memancing menggunakan pelampung. Ia dicipta untuk aksi melontar umpan ringan. Panjang joran ini antara 12 atau 13 kaki (3.6 hingga 4 meter). Ia sesuai untuk melontar umpan antara 170 hingga 200 gram.

Joran kedua bagi memancing menggunakan umpan di dasar. Saiznya antara 3.2 hingga 3.6 meter. Ia sesuai dengan tali 1.4 hingga 3.6 kilogram (3 hingga 8 paun).

Bagi memudahkan anda mendapat panduan maka gambar yang tertera adalah merujuk kepada:

A. Kacamata polaroid bagi membolehkan anda melihat lebih jelas dalam pancaran kilau matahari.
B. Angkup (forceps) untuk memudahkan anda menanggalkan mata kail atau membetulkan mata kail.

C. Mata kail sememangnya menjadi syarat untuk membolehkan anda memancing. Pastikan mata kail sesuai dengan ikan yang diburu.

D. Hujung joran yang halus dan mudah bergetar sebagai penanda ikan memakan umpan.
E. Pelampung untuk kegunaan memancing di sungai.
F. Pelampung ‘avon’ untuk kegunaan dalam air deras dan umpan yang besar.
G. Pelampung ‘duri landak’ yang sememangnya sangat sesuai untuk memancing di tasik.

H. Pelampung goyang yang lut sinar ini sangat sesuai untuk kegunaan dalam air tenang atau berarus perlahan.

I. Jangka suhu bagi menyukat suhu air kerana kepanasan air turut menentukan bentuk atau jumlah tangkapan bakal diperoleh.

J. Batu ladung yang pelbagai mengikut keperluan

K. Swivel bagi mengelakkan tali berpintal.

L. Mesin gulung paling lazim di pasaran.

Posted by Abu71 pancing

22:55 Posted in KAKI JORAN | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: joran, pancing, kekili

Menjaga Alatan Pancing

Cara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan lama ialah 'mencuri' masa sewaktu balik dar aktiviti memancing dengan mencuci ataupun melakukan servis ringkas untuk semua peralatan yang digunakan ketika memancing. Mungkin tidak semestinya sebaik saja sampai di rumah kerana biasalah…keletihan selepas trip memancing , tapi inilah masa terbaik sebelum air masin atau sebarang benda asing yang lain meresap ke dalam bahagian peralatan atau sebelum ianya kering dan melekat pada peralatan. Paling senang yang ramai pemancing lakukan ialah mandi 'bersama' joran dan kekili selepas memancing.

Kekili

54d9a23a6f0ebb6f3da95af355694e78.jpg

pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili diketatkan sebelum membilas denganair. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki dalam badan kekili (housing). Membilas terutama selepas digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat pada peralatan yang boleh mempercepatkan karat pda bahagian tertentu. Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul.

Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag dan gunakan WD-40 untuk menyembur bahagian yang bergerak terutamanya pengayuh , bahagian dalam geglung tali dan sebagainya yang dirasakan perlu. Sekiranya tida WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai alternatif. Harganya murah di pasaran tempatan. Longgarkan drag kekili pada tahap minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak, minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan gear itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada air masin mahupun tawar.

Joran

9e297013373110cffca39b5eee499067.jpg

joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas dan dicuci setiap kali selepas trip memancing. Ramai yang berbangga menggunakan cincin SiC yang tahan karat dan terbaik , namun saya biasa jumpa cincin jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap! Kadangkala empunya joran lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah - celah kaki cincin terutama yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan tindak balas oksidasi yang akhirnya membentuk karat pada cincin. Pemegang joran perlu disental dengan air sabun atau syampu lembut untuk menanggalkan kesan bau yang tidak menyenangkan. Sapukan lilin pada penyambung besi supaya ia senang ditanggalkan dan mengeluarkan bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar.

Mata kail

Paling baik ,jangan campurkan mata kail yang sudah digunakan bersama- sama mata kail baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail yang lain terutamanya jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Kalau tidak, buang saja. Bagi mata kail yang sudah terpakai dan kurang tajam , dapatkan kikir halus ( handfile) dan asah saja bahagian depan. Kertas pasir juga boleh digunakan sebagai alternatif. Simpan barang ini bersama kotak pancing kerana ia mudah dibawa dan masa kita memerlukan adalah tidak menentu. Untk penjimatan , anda disyorkan menggunakan mata kail tahan karat. Ia tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Saya lebuh gemar menggunakan mata kail Gamakatsu yang tahan lasak serta tahan karat. Anda perlu sedar bahawa harga mata kail naik berlipat ganda. Terus terang saya katakana , harga mata kail memang mahal , sebentuk mata kail sampai mencecah angka RM 1 lebih. Maknanya kita kena bijak menggunakannya.

Peralatan Sampingan

kalau menggunakan playar yang murah jenis berkarat , ia hendaklah dicuci setiap kali memancing dan gunakan WD- 40 pada sembur bahagian tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau lancar pergerakkannya , barulah boleh simpan untuk trip akan dating. Untuk playar jenis logam tahan karat (stainless steel) memadai kita semburkan WD- 40 pada bahagian tengah bahagian bergerak tersebut. Pisau , pemotong dan apa saja alatan yang digunakan ketika memancing tidak terkecuali untuk dicuci. Sama juga kotak pancing, sekali - sekala keluarkan semua yang ada di dalam dan bersihkan ia terutama kesan karat yang ada dalam kotak- kotak kecil di dalamnya.

Tali Pancing


Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala terutama sebelum turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan aiur bersih supaya air masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan garam di dalam gelungan tali. Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan pergerakannya sewaktu keluar dari gelendung. Sekiranya terdapat tali yang dah calar, buang saja dari mengelakkannya ianya putus sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang menyesal apabila tali putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. Jangan sama sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut dengan tangan kadang kala boleh mencederakan. Paling sesuai bagi saya ketika menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong. Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan mengambil alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak ruginya!

info dari pannekc

22:50 Posted in KAKI JORAN | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: joran, pancing, kekili