06/30/2008

Kedutaan Turki tidak tawar suaka politik kepada Anwar

PUTRAJAYA 30 Jun – Kedutaan Turki mengesahkan tidak menawarkan suaka politik atau jemputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari perlindungan di situ, sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri meminta kebenaran berada di situ mengikut tempoh yang akan ditetapkannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Besar Turki ke Malaysia, Barlas Ozener kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika dipanggil ke Wisma Putra, di sini petang ini, bagi menjelaskan kekeliruan tersebut.

Menurutnya, atas permintaan Anwar itu, maka Kedutaan Turki telah membenarkannya berada di situ atas dasar kemanusiaan.

“Berikutan penjelasan Duta Turki itu, maka Kementerian Luar tidak menerima ia (kehadiran Anwar itu) sebagai satu jemputan tetapi jika tempoh itu berpanjangan maka istilah tetamu itu dicurigai dan kita akan memberi pengiktirafan lain.

“Kerajaan juga sudah meminta Kedutaan Turki supaya tidak menghalang proses siasatan polis terhadap Anwar, jika polis tidak dapat menjalankan tugas maka itu dianggap menyalahi proses undang-undang di negara ini,” kata beliau pada sidang akhbar di Wisma Putra, di sini hari ini. - Utusan 30/06/2008 3:50pm

17:14 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: anwar

Malaysia pressures Turkish envoy over refuge to Anwar

KUALA LUMPUR: Malaysia will press the Turkish ambassador to reconsider his decision to give refuge to opposition figurehead Anwar Ibrahim, who has said he fears for his life, a report said on Monday.

Anwar fled to the embassy on Sunday after denying allegations he sodomised a male aide, the same charge that saw him jailed a decade ago.

"I have been told that my assassination has not been ruled out as a means to subvert the people's will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia," he said in a statement.

Foreign Minister Rais Yatim said ambassador Barlas Ozener will have to explain why he gave refuge to Anwar in a meeting at the ministry scheduled for Monday, the Star daily reported.

"We will ask the ambassador to reconsider (giving Anwar refuge) as it is meddling in Malaysia's internal affairs," Rais told the paper.

"If (Anwar) is evading any sort of preventive law like the (Internal Security Act), then it is a different matter," he added.

"But he is being sought for an investigation involving sodomy, which is a crime under the penal code," Rais said.

"When you run away from the law, it is not the same as facing some political persecution. As such, the embassy cannot grant him any sort of protection."

Anwar, a friend of Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan, took refuge on the invitation of the ambassador.

Anwar has denounced as a "complete fabrication" a police report allegedly lodged by the 23-year-old aide, saying it was an attempt to sideline his spectacular return to the political stage.

His opposition alliance seized a third of parliamentary seats and five states in March elections that threaten to unseat Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi who faces calls to quit over the polls debacle.

Anwar was sacked as deputy prime minister in 1998 and convicted on sodomy and corruption charges which he said were politically motivated. He spent six years in jail but was released in 2004 when the sex charge was overturned.

"I believe we are witnessing a repeat of the methods used against me in 1998 when false allegations were made under duress," Anwar said on the weekend.

The new sex charges triggered fears that Anwar faced imminent arrest, but police said they would first carry out an investigation.


- AFP/so

13:59 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

Ayam import sah halal dan selamat dimakan

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu bimbang risiko penyakit terhadap ayam import khususnya mengenai wabak selesema burung kerana setiap ternakan itu yang masuk telah melepasi prosedur penilaian yang sangat ketat.

Malah, ayam itu juga sudah dipastikan status halal sebelum dibawa masuk.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, syarat pertama yang dititikberatkan sebelum pengimportan ayam ialah memastikan negara itu bebas penyakit.

Sebagai contoh, Abd. Aziz memberitahu, kerajaan tidak mengamalkan dasar mengimport ayam dari Indonesia kerana negara itu masih dikategorikan sebagai belum bebas wabak selesema burung.

“Buat masa ini kerajaan memilih sumber dari China, Amerika Syarikat, Denmark dan Belanda untuk import ayam,’’ jelasnya kepada Kosmo! sebagai mengulas laporan akhbar ini berhubung dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengenai risiko penyakit selesema burung.

Bagi menambahkan lagi keyakinan pengguna bahawa ayam import memang selamat dimakan, Abd. Aziz memberi contoh sebanyak 17,500 metrik tan ayam telah diimport dari Shandong, China pada tahun lalu.

info dari KOSMO

13:49 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

Dakwaan nyawa Anwar terancam tidak masuk akal – Hisham

SHAH ALAM 29 Jun – Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keselamatannya terancam sehingga terpaksa meminta perlindungan daripada Kedutaan Turki di sini dianggap sebagai ‘‘tidak masuk akal sama sekali’’.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin menegaskan, tindakan itu diambil semata-mata kerana Anwar mahu mengalih tumpuan, sama seperti yang dilakukannya ketika beliau dituduh satu masa dahulu.

‘‘Anwar (pada masa itu) pernah membuat dakwaan kononnya beliau cuba dibunuh dengan racun arsenik, memerlukan pembedahan tulang belakang dan menghadapi masalah tengkuk,’’ katanya di sini hari ini.

Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman blognya berkata, beliau dibawa ke kedutaan tersebut awal pagi ini kerana bimbang keselamatan dirinya terancam.

Anwar berkata, beliau berada dalam keadaan selamat kini dan mengucapkan terima kasih kepada kedutaan itu yang memberi perlindungan kepadanya.

Semalam satu laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang.

Lelaki itu mendakwa diliwat Anwar pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pada sidang akhbarnya hari ini berkata, Anwar dibawa ke kedutaan berkenaan kira-kira pukul 6 pagi ini selepas mesyuarat tergempar di antara Majlis Tertinggi dan Biro PKR di Hotel Quality, di sini.

Katanya, langkah itu diambil berikutan kebimbangan terhadap keselamatan Anwar ekoran terdapat ugutan bunuh terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Menurut Azmin lagi, setakat ini, hanya keluarga terdekat termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta anak-anaknya dibenarkan untuk bertemu dengan Anwar buat masa ini.

‘‘Melalui perbincangan yang dibuat lewat malam tadi hingga awal pagi ini, kita telah menghubungi beberapa kedutaan asing untuk meminta perlindungan untuk Anwar.

‘‘Namun, Kedutaan Turki merupakan kedutaan pertama yang memberi persetujuan mengenai perkara ini berbanding kedutaan asing lain yang kita hubungi.

‘‘Kita sudah berurusan dengan kedutaan negara berkenaan dan kita telah pindahkan beliau pada awal pagi ini selepas subuh dari sini (Hotel Quality).

‘‘Bagaimanapun, Anwar akan berada di Kedutaan Turki sehingga tempoh yang akan diputuskan nanti berdasarkan perbincangan kita dengan kedutaan itu,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azmin bagaimanapun menafikan Anwar cuba mendapatkan suaka politik berikutan tindakan meminta perlindungan dari kedutaan negara berkenaan, sebaliknya ia dilakukan hanya untuk menjaga keselamatan dirinya.

Malah, Anwar juga turut bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh PKR itu.

‘‘Kita berpendapat, dalam keadaan mendesak ini kita perlu membuat keputusan sepatutnya dengan segera,’’ katanya.

Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai mesyuarat yang didakwa dihadiri Anwar dan lelaki yang membuat laporan polis semalam, berkata, beliau enggan mendedahkan butiran mesyuarat berkenaan.

‘‘Saya tidak akan mendedahkan butiran mesyuarat itu termasuklah alibi Anwar,’’ ujarnya.

info dari UTUSAN

13:48 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

Kes liwat: Usah buat andaian, jangan bagi tekanan – Mohd. Bakri

d5e4c898295344be8b8082b12b8a182f.jpg

KUALA LUMPUR 29 Jun – Semua pihak diminta memberi ruang kepada polis menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa sama, polis mengharapkan tiada sebarang andaian dibuat berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap pengadu dan juga suspek yang berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Zinin pada sidang akhbar di sini hari ini menegaskan, pihaknya tidak memerlukan tekanan mana-mana pihak agar siasatan dijalankan dengan adil dan profesional.

Jelasnya, sebagai agensi penguat kuasa undang-undang yang profesional, pihak polis akan memastikan kedua-dua pihak iaitu pengadu selaku mangsa dan juga suspek mendapat keadilan.

“Kita menjalankan penyiasatan terhadap mangsa dan juga suspek mengikut Kanun Keseksaan tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasatan dan tidak akan mendedahkan maklumat lanjut,” katanya.

Semalam, seorang lelaki berusia 23 tahun membuat laporan di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 5.45 petang mendakwa dia telah diliwat oleh majikannya yang juga seorang pemimpin politik di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun lalu.

Kes itu kemudian dirujuk ke Balai Polis Travers.

Ekoran laporannya itu, lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketika dihubungi malam ini, Mohd. Bakri enggan mengulas sama ada pengadu telah menjalani ujian DNA atau sebaliknya.

Mengenai dakwaan Anwar bahawa kes itu satu percubaan menyekat kebangkitan karier politiknya, beliau berkata: “Kita (polis) tidak sebut pun siapa suspek dalam kes ini tetapi kalau dia sendiri (Anwar) fikir dia suspek, dia sepatutnya buat laporan polis tentang perkara itu.

“Buat masa ini, perkara tersebut (kaitan dengan unsur politik) hanyalah satu andaian. Pihak polis pastinya akan menjalankan siasatan dari segala sudut.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, setakat ini polis belum bercadang melakukan tangkapan terhadap suspek dalam kes itu sehingga siasatan berhubung dakwaan kes liwat itu selesai.

Sehubungan itu, beliau menafikan khabar angin bahawa Penasihat PKR itu telah ditahan oleh polis awal pagi ini.

“Setakat ini, polis belum tahan Anwar. Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan berhubung kes itu baru bermula,” katanya.

Sementara itu, mulai kira-kira pukul 4 petang ini, lebih 50 penyokong PKR berhimpun di luar pejabat Kedutaan Turki di Jalan U-Tant di sini selepas tersebar berita mengatakan Anwar mendapat perlindungan daripada kedutaan berkenaan.

Polis terpaksa mengerahkan sekumpulan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ke lokasi berkenaan untuk mengawal keadaan. Pejabat kedutaan itu ditutup hari ini kerana cuti umum.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Amir Mohd. Hashim memberitahu, keadaan bagaimanapun terkawal dan penyokong PKR terbabit bersurai kira-kira pukul 6 petang.

Bagaimanapun, sehingga pukul 10 malam ini, beberapa wartawan serta jurugambar dari media tempatan dan asing masih menunggu di luar pejabat Kedutaan Turki untuk mendapatkan perkembangan terbaru.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatan Kabinet pada September 1998 kerana dakwaan salah laku seksual dan rasuah.

Anwar menjalani hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan kerana rasuah. Beliau dibebaskan daripada penjara pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan menolak sabitan tersebut.


info dari UTUSAN

13:46 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

Polis: Beri ruang siasat Anwar

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyiasat kes tuduhan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, sebagai agensi yang menjalankan kuasa undang-undang, PDRM akan menyiasat kes itu seadil-adilnya daripada sudut perundangan tanpa mengambil kira sudut politik.

“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu berapa lama masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.

“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,’’ katanya.

Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan.

Laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang kelmarin, yang mendakwa diliwat pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

info dari KOSMO

p/s: macam2...hal barang naik lum setel lg..ni dah tambah hal lain plak...huhu

13:44 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

Bayar RM5 untuk masuk tandas mewah

1a1ba9e2478b80b1aa6fa05bd5a18b41.jpg

PETALING JAYA – Sanggupkah anda membelanjakan RM5 semata-mata untuk menggunakan tandas yang menjanjikan persekitaran dan kemudahan serba mewah?

Tandas itu bukan terletak di luar negara tetapi di tengah-tengah ibu kota iaitu dalam kompleks membeli belah The Garden berhampiran Mid Valley Mega Mall.

Ia menjadi tandas termahal di ibu kota selepas sebuah lagi di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang mengenakan caj RM2 sekali masuk.

Menariknya tentang tandas itu ialah setiap pengguna akan disapa oleh seorang penyambut tetamu yang berpakaian cantik bagi petugas wanita dan kemas untuk lelaki.

Antara ciri istimewa tandas ini ialah setiap pengguna akan disediakan sabun pencuci tangan, pencuci muka, pewangi, bedak wangi dan tuala pengelap muka.

info dari KOSMO

13:43 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (1) | Email this

Awas perangkap hotel murah - Rakam aksi pengunjung dalam bentuk DVD untuk dijual

66a3d7f05f439d9750d061da90fc07ce.jpg

ROMPIN – Perlakuan lucah pasangan muda-mudi tempatan yang dirakam secara curi oleh sindiket tertentu di bilik hotel murahan tertentu kini laris dijual dalam format cakera video digital (DVD) untuk tatapan ‘peminat setianya’.

DVD berkenaan dikatakan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran gelap kerana mangsa- mangsa rakaman itu terdiri daripada gadis-gadis tempatan cantik yang datang menyewa bersama pasangan masing-masing.

Difahamkan, mereka dijadikan sasaran utama dengan diberi bilik tertentu yang telah dilengkapi kamera tersembunyi oleh petugas hotel.

“Tak semua bilik pasang kamera, biasanya satu bilik (khas) saja. Kalau ada lelaki yang datang dengan perempuan cantik, petugas hotel akan bagi bilik yang ada kamera.

“Saya pun tak tahu banyak pasal (kegiatan) ini, tapi rasa-rasanya di negeri lain pun ada buat juga macam ini,” dakwa seorang lelaki penjual DVD lucah di sekitar bandar ini kepada wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pembeli.

Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Chong memberitahu, kegiatan tersebut semakin popular kerana permintaan tinggi daripada para pelanggan terhadap DVD lucah gadis-gadis tempatan.

info dari akhbar KOSMO

13:41 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

SYDNEY - Seorang lelaki di Australia melelong kehidupannya di internet termasuk kediaman, pekerjaan dan peluang untuk menemui beberapa temannya pada harga AS$383,230 (RM1.2 juta).

0e632c1ab47443b5b01cc9dc6ef9712c.jpg

SYDNEY - Seorang lelaki di Australia melelong kehidupannya di internet termasuk kediaman, pekerjaan dan peluang untuk menemui beberapa temannya pada harga AS$383,230 (RM1.2 juta).

Lelaki kelahiran Britain itu, Ian Usher, 44, mengambil keputusan menjual rumahnya di Perth, Australia termasuk kereta, motosikal, jet ski dan beberapa barangan lain selepas berpisah dengan isterinya.

Usher tidak hanya menjual pakaian dan koleksi cakera video digital (DVD) tetapi peluang untuk meneruskan pekerjaannya sebagai seorang jurujual karpet dan bertemu dengan beberapa kenalannya.

"Harga terakhir ialah AS$383,230 (RM1.2 juta)," katanya semalam selepas lelongan selama lapan hari di laman web eBay ditutup.

Ketika ditanya bagaimana perasaannya mengenai harga lelongan tersebut di mana nilai rumah tiga bilik tidur itu sahaja adalah AS$420,000 (RM1.37 juta) dan termasuk beberapa barangan elektrik bernilai beribu-ribu dolar, katanya: "Ia cukup baik."

"Saya anggap nilainya mungkin menjadi lebih tinggi pada akhirnya tetapi ia hanya jualan," katanya.

Lelongan itu bermula pada 22 Jun lalu pada harga AS$1 (RM3.26) dan meningkat sehingga AS$2.2 juta (RM7.17 juta).

Bagaimanapun, Usher tidak mendedahkan di mana dia merancang akan memulakan hidup baru. - AFP

13:35 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this | Tags: lelong

06/29/2008

Bayar RM6.5 juta makan bersama Warren Buffett

OMAHA – Peluang makan tengah hari bersama pelabur terkenal, Warren Buffett berjaya dilelong menerusi laman web eBay dengan harga AS$2 juta (RM6.5 juta).

Lelongan yang tamat pada pukul 9 malam waktu tempatan kelmarin itu mungkin menjadi sesi jamuan makan paling mahal tetapi wakil eBay masih belum mengesahkannya.

Pembida berjaya boleh membawa sehingga tujuh rakannya untuk makan bersama Buffett di restoran stik Smith & Wollensky di New York manakala wang tersebut akan didermakan kepada badan kebajikan. – AP

p/s: peh..duit tu kalau bagi kat orang2 miskin kan bagus..hmm...cakap jek nak dermakan kebajikan..entah2 yang betul2 sampai tak sampai sejuta pun..huhu..dunia2..

14:54 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

All the posts