06/30/2008
Polis: Beri ruang siasat Anwar
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyiasat kes tuduhan liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, sebagai agensi yang menjalankan kuasa undang-undang, PDRM akan menyiasat kes itu seadil-adilnya daripada sudut perundangan tanpa mengambil kira sudut politik.
“Polis akan menjalankan penyiasatan secara terperinci terhadap mangsa dan juga suspek, tetapi kita perlukan sedikit masa untuk siasat kes ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak memberitahu berapa lama masa yang akan diambil polis bagi menyiasat laporan itu.
“Persoalan Anwar akan dipanggil untuk memberi keterangan atau tidak, itu semua bergantung kepada hasil siasatan,’’ katanya.
Bakri turut meminta semua pihak agar tidak membuat andaian selagi polis tidak menjelaskan perkara itu, kerana bimbang andaian berkenaan boleh menjejaskan siasatan.
Laporan polis terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang kelmarin, yang mendakwa diliwat pemimpin itu pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.
info dari KOSMO
p/s: macam2...hal barang naik lum setel lg..ni dah tambah hal lain plak...huhu
13:44 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this




Post a comment