06/30/2008

Ayam import sah halal dan selamat dimakan

KUALA LUMPUR – Orang ramai tidak perlu bimbang risiko penyakit terhadap ayam import khususnya mengenai wabak selesema burung kerana setiap ternakan itu yang masuk telah melepasi prosedur penilaian yang sangat ketat.

Malah, ayam itu juga sudah dipastikan status halal sebelum dibawa masuk.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr. Abd. Aziz Jamaluddin berkata, syarat pertama yang dititikberatkan sebelum pengimportan ayam ialah memastikan negara itu bebas penyakit.

Sebagai contoh, Abd. Aziz memberitahu, kerajaan tidak mengamalkan dasar mengimport ayam dari Indonesia kerana negara itu masih dikategorikan sebagai belum bebas wabak selesema burung.

“Buat masa ini kerajaan memilih sumber dari China, Amerika Syarikat, Denmark dan Belanda untuk import ayam,’’ jelasnya kepada Kosmo! sebagai mengulas laporan akhbar ini berhubung dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) mengenai risiko penyakit selesema burung.

Bagi menambahkan lagi keyakinan pengguna bahawa ayam import memang selamat dimakan, Abd. Aziz memberi contoh sebanyak 17,500 metrik tan ayam telah diimport dari Shandong, China pada tahun lalu.

info dari KOSMO

13:49 Posted in DUNIA | Permalink | Comments (0) | Email this

Post a comment