06/29/2008
Prom Night Mendebarkan

Pelakon: Brittany Snow, Scott Porter, Jessica Stroup, Dana Davis, Collins Pennie, Johnathon Scheach
Pengarah : Nelson Mc Cormick
Penerbit : Cristopher Ball
Adegan dalam filem Prom Night Filem Prom Night merupakan satu kisah suspen siri pembunuhan yang dilakukan oleh seorang bekas guru lelaki seorang pelajar perempuan yang bernama Donna. Kisah tragik bermula ketika Donna pulang dari menonton wayang bersama kawan-kawannya. Donna mengalami trauma dan mimpi ngeri sejak melihat ibunya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Kesemua ahli keluarganya dibunuh dengan kejam oleh guru sekolahnya itu yang dikenali sebagai Fenton. Fenton melakukan demikian kerana tidak mahu Donna memiliki sesiapapun di dunia ini kecuali dirinya.

“Tiada siapa akan pisahkan kita,” demikian kata-kata Scheach ketika beliau ditahan oleh polis. Setelah tiga tahun berlalu, Donna telah mula pulih secara berperingkat dan dijagai oleh ibu dan bapa saudaranya. Donna juga memiliki kawan baik Lisa dan Claire serta seorang teman lelaki, Bobby yang akan membawanya ke malam yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar senior sekolahnya iaitu parti tari menari Makan Malam Prom di Hotel Grand Pacific.
Adegan dalam filem Prom Night Tanpa Donna sedari, mimpi ngerinya bakal berulang setelah Fenton meloloskan dirinya daripada tahanan polis. Fenton telah menjejaki Donna sehingga ke parti tersebut. Hatinya hancur setelah melihat gadis pujaannya kini menjadi milik orang. Kerana marah dan sangat-sangat merindui Donna, Scheach kembali membunuh satu persatu sahabat baik Donna.
Adakah teman lelaki Donna turut dibunuh? Adakah ibu dan bapa saudara Donna akan selamat? Apakah nasib Donna dan pembunuh? Untuk mengetahui apakah kesudahan cerita ini, jangan lupa menyaksikan filem ini di panggung wayang tempatan bermula 5 Jun nanti...
14:40 Posted in Film | Permalink | Comments (0) | Email this




Post a comment