06/29/2008

Harga minyak capai paras tertinggi baru

NEW YORK 28 Jun - Harga minyak dunia telah melepasi paras tertinggi AS$142 setong buat seketika semalam sebelum kembali jatuh lebih rendah apabila nilai mata wang dolar Amerika Syarikat terus lemah.Peningkatan harga minyak itu juga disebabkan oleh kejatuhan bursa saham dunia di tengah-tengah kebimbangan terhadap keadaan ekonomi sejagat, sebagai mengakhiri minggu yang menyaksikan urus niaga pasaran tidak menentu.

Harga saham yang melonjak sekali ganda berbanding tahun sebelumnya, mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kadar inflasi dan keadaan ekonomi AS yang lebih buruk lagi.

Kontrak hadapan utama minyak berkualiti tinggi yang diniagakan di New York, bagi hantaran bulan Ogos ditutup 57 sen lebih tinggi kepada AS$140.21 setong.

Kontrak berkenaan sebelum itu mencecah paras harga tertinggi dalam urus niaga antara hari pada paras AS$142.99 setong.

Keadaan yang sama juga berlaku di London, apabila kontrak utama minyak mentah Brent North Sea bagi hantaran Ogos, naik 48 sen untuk ditutup pada paras tertinggi AS$140.31 setong.

- AFP


matilah kalau macam ni..harga barang akan makin naik..yang susah akan bertambah susah..yang kaya akan bertambah kaya..dunia2...huhu :: amleenology08

Post a comment