06/29/2008
Entourage 4 kembali

HBO kembali dengan musim keempat siri komedi Entourage, mulai Isnin 5 Mei 2008 lalu. Tayangan di HBO (Astro saluran 411) bermula pukul 11.00 malam.
Siri yang memenangi Anugerah Emmy ini menyingkap pandangan yang tidak begitu serius kehidupan seharian Vince Chase, seorang pelakon muda yang popular di Hollywood dan rombongan pengiringnya yang terdiri daripada tiga orang rakan lama dari kampung halaman Queens, New York.

Pelakon utama Adrian Grenier.
Mereka ialah Eric, pengurus Vince; Drama, abang kepada Vince; dan Turtle, kawan karib Vince yang suka berparti. Bersama-sama mereka mengharungi pengalaman susah senang kehidupan pantas selebriti di Hollywood, di mana tawaran kewangan dan godaan adalah cukup besar.

Dalam musim kali ini, projek Medellin berjalan lancar akhirnya. Setelah pengorbanan kewangan demi menjadi penerbit projek, Eric dan Vince menjemput satu-satunya pengarah yang boleh membikin filem itu dengan bajet rendah kerana Billy Walsh terlalu mengawal bajet.
Dengan pelbagai kerenah dan sikap tidak yakin dalam bakat artistik sendiri, adakah Billy pilihan yang sesuai untuk menjayakan Eric dan Vince agar diminati, atau sebaliknya diejek keluar dari pawagam?
Entourage menampilkan Adrian Grenier (Vince), Kevin Connolly (Eric), Kevin Dillon (Johnny) Jerry Ferrara (Turtle), Jeremy Piven (Ari) dan Debi Mazar (Shauna).
Antara pelakon undangan pada musim ini termasuk Dan Castellaneta, Anthony Michael Hall, Dennis Hopper, M. Night Shyamalan, Bob Balaba dan Snoop Dogg.
15:10 Posted in Film | Permalink | Comments (0) | Email this




Post a comment